Sejarah Sekolah
TAHUN 1949
Sekolah
Kebangsaan Kebun Sireh telah ditubuhkan hasil usaha masyarakat
setempat dengan nama Sekolah Rakyat. Tapak asalnya ialah di atas
sebidang tanah yang mana telah dijadikan tanah perkuburan Islam pada
masa kini. Segala mpembiayaan kos pembinaan sekolah ini di tanggung
sendiri oleh masyarakat setempat hasil daripada kutipan derma dan zakat
hasil tanaman padi. Penduduk kampung telah bersama-sama
bergotong-royong membinanya. En Othman bin Hussain adalah Guru Besar
pertama sekolah ini.
TAHUN 1950
Sekolah
Rakyat ini telah dipindahkan (Blok A) ke tapak sekarang dan sebuah
kantin didirikan oleh kerajaan setelah bangunan asalnya roboh akibat dilanda ribut.Pelajar-pelajarnya terdiri daripada penduduk-penduduk di sekitar kawasan berhampiran sahaja iaitu Kampung Siam, Kampung Kebun Sireh, Kampung Gambir, dan kampung-kampung yang berhampiran.
TAHUN 1985
Maka pada tahun ini terdirilah sebuah lagi bangunan tambahan di sekolah ini (Blok B).
TAHUN 1987
Sebuah bangunan lagi siap dibina (Blok D). En Anwar Ibrahim selaku Menteri Pendidikan pada masa itu telah mewakilkan Timbalan Menteri Pendidikan beliau pada masa itu, Dato Dr. Leo Micheal Toyad untuk merasmikan Sekolah Kebangsaan Kebun Sireh pada 18 Oktober 1987.
TAHUN 1992
Pada
zaman Pn. Faizah binti Zainuddin menjadi Guru Besar, negara sedang
menuju era celik IT.Dengan kerjasama PIBG SKKS sebuah Bilik Komputer
telah diwujudkan.Sebagai permulaan PIBG telah membeli 20 buah komputer
dan sebuah untuk kegunaan murid dan guru.
TAHUN 1998
Blok bangunan lama dirobohkan dan digantikan dengan pembinaan sebuah bangunan tiga tingkat (Blok A) di atas tapak bangunan tersebut.
No comments:
Post a Comment